Pengamal Tips & Petua

URUTAN PAYU DARA


Tahukan anda , selain meransang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan payu dara atau buah dada yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita.

Sebelum memulakan urutan pada payu dara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih. Anda boleh menggunakan minyak atau krim, seperti Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil). Minyak atau krim yang wangi juga boleh menambahkan ransangan seks semasa proses urutan payu dara dilakukan.

Berikut ialah teknik urutan payu dara atau buah dada yang disyorkan,

1. Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.

2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.

3. Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.

4. Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu.

5. Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada .

6. JANGAN GELOJOH.

7. Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri.

8. Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali.

9. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi.

10. Setelah memastikan pasangan anda teransang (puting buah dadanya sudah keras atau pun naik ke atas), sentuh kedua-dua tangan dan pekup payu dara bahagian bawah pasangan anda.

11. Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting.

12. Pastikan anda tidak menyentuh puting buah dada pasangan anda.

13. JANGAN GELOJOH.

14. Ulangi langkah-langkah ini sehingga pasangan anda benar-benar teransang.

TEKNIK URUTAN BAYI


Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...

Muka

  • Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
  • Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
  • Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
  • Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
  • Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
  • 'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
  • Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
  • Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
  • Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
  • Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
  • Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada

  • Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
  • Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
  • Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.

Tangan dan Lengan

  • Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
  • Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
  • Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
  • Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

Kaki

  • Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
  • Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
  • Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
  • Betis diurut dengan kedua ibu jari.
  • Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

  • Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
  • Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.
Related Posts with Thumbnails